|
TUJUH sekeluarga diselamatkan pasukan bomba selepas rumah mereka dinaiki air petang tadi. FOTO Ihsan Bomba
Sepang: Tujuh sekeluarga diselamatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, selepas rumah mereka di Batu 31, Kampung Sri Tanjung di sini, dinaiki air, akibat hujan lebat berterusan petang tadi.
Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian banjir pada 6.04 petang.
Beliau berkata, dua jentera dan bot dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya serta Dengkil dihantar ke lokasi bagi khidmat menyelamat mangsa.
"Kawasan berkenaan ditenggelami air pada kedalaman satu meter.
"Sebuah keluarga terdiri daripada tujuh individu berjaya dipindahkan oleh pasukan bomba ke tempat selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Md Razali berkata, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -diselamatkan-bomba |
|