CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1225|Reply: 0

Myung-bo terkilan tewas di tangan JDT

[Copy link]
Post time 8-11-2023 11:11 AM | Show all posts |Read mode

HONG Myung- bo ketika sidang media selepas tamat perlawanan. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru: Pengendali Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo terkilan selepas barisan pemainnya terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Pengendali berusia berusia 54 tahun itu menegaskan terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol menjejaskan konsentrasi pemainnya yang tampak kebinggungan apabila gagal melakukan penyudah tepat.

"Anda sendiri lihat bagaimana pada lima minit terakhir permainan kami memberi tekanan terhadap benteng JDT selepas ketinggalan 1-2 tapi segala percubaan yang dilakukan sering dikecewakan oleh kecekapan penjaga gol JDT.

"Sepatutnya kita menamatkan perlawanan itu dengan keputusan seri 2-2 tapi itulah bolasepak jika kita tidak jaringkan gol walaupun sudah cuba beberapa kali dan saya anggap kita tiada rezeki untuk sekurang-kurang membawa pulang satu mata," katanya.



Menurut legenda bolasepak Korea Selatan itu, beliau tidak begitu panik terhadap jaringan pertama JDT kerana percaya bahawa anak buahnya mampu bangkit selepas JDT menjaringkan menerusi Heberty Fernandes,

Namun, Myung-bo terpaksa menerima hakikat betapa berakhirnya aksi 90 minit permainan pasukan yang muncul juara Liga 1 Korea (Liga K1) baru-baru ini kecundang di tangan skuad kendalian Esteban Solari dan ia kekalahan kedua selepas tewas dengan jaringan yang sama pada 30 April musim lalu.

"Kami mengakui kesilapan yang kami lakukan sehingga kalah dalam perlawanan ini, tetapi kami telah menunjukkan persembahan yang terbaik malam ini (malam tadi).

"Bermain di stadium pihak lawan (SSI), kita telah berusaha sehabis mungkin tetapi tuah tetap tidak berpihak buat Ulsan dan saya akui JDT bermain dengan taktik `luar biasa' sehingga mereka dapat tewaskan kami," katanya.

Myung-bo juga mengakui ketiadaan dua tonggak utama, Kim Tae-hwan dan Gustav Ludwigson menjejaskan rentak permainan Ulsan Hyundai malah pengganti kedua-dua pemain itu gagal memberi persembahan terbaik dalam perlawanan itu.

"Ludwigson mengalami kecederaan dan kami tidak bawa ke Johor Bahru manakala Kim (Tae-hwan) digantung selepas menerima kad merah ketika menentang JDT. Apapun kami ada baki dua perlawanan lagi dan optiimis akan bangkit," kata Myong-bo.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tewas-di-tangan-jdt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.047758 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list