View: 1089|Reply: 0
|
Damok serah nasib pada pengurus
[Copy link]
|
|
Damok serah nasib pada pengurus
Syarifuddin Azman (tengah) bersama pelumba wildcard, Azroy Hakeem Anuar (kiri) dan Helmi Azman pada sesi Beramah Mesra dan Bertemu Peminat MotoGP di Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur. - BERNAMA
SEPANG: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman menyerahkan masa hadapannya kepada pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin.
Syarifuddin yang kehilangan tempat bersama pasukan MT Helmets-MSI musim hadapan berkata, dia mengharapkan ada peluang kedua untuknya beraksi di peringkat antarabangsa.
"Saya lihat ada peningkatan dari setiap pusingan baik dari sudut jentera dan diri saya. Cumanya, masih menunggu kata putus dari pengurus saya sendiri. Ke mana?, itu saya tak tahu.
"Ramai yang menunggu kata putus dari pengurus pasukan. Saya harap ada berita baik untuk musim depan nanti, kata Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok kepada media selepas sesi latihan bebas hari pertama Grand Prix(GP) Malaysia 2023, hari ini.
Damok menamatkan sesi latihan bebas hari pertama dengan berada di kedudukan ke-27 dengan catatan terbaiknya, 2'14.258 saat (s).
"Saya hanya akan memberi tumpuan untuk tiga baki pusingan musim ini, tak akan memikirkan mengenai ke mana saya akan pergi. Memang serahkan kepada pengurus untuk menentukannya, kalau tidak sudah tentu akan menjadikan lebih tekanan dan hilang fokus.
"Sudah tentu kalau diberi peluang tahun depan saya akan buat lebih baik. Tahun ini, tahun pertama… jadi memang sangat sukar. Kalau dapat peluang tahun depan, saya akan buat kejutan," kata Damok.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... nasib-pada-pengurus
|
|
|
|
|
|
|
| |
|