CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 0

[Johor] Harga bawang merah naik hingga 30 peratus di Johor Bahru

[Copy link]
Post time 11-11-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail. FOTO NSTP

Johor Bahru: Harga bawang merah sekitar bandar raya ini didakwa naik sehingga 30 peratus, sejak September lalu.

Peniaga mendakwa kenaikan harga bawang merah yang juga antara bahan mentah utama itu turut seiring dengan kenaikan bahan mentah lain termasuk bawang putih, lada kering selain beras dan telur.

Peniaga makanan, Hasnita Awang, 53, berkata, kenaikan harga beberapa bahan mentah utama termasuk bawang merah, bawang putih dan lada kering sudah berlaku sejak awal tahun ini.

"Sebenarnya kenaikan harga bahan mentah berlaku kepada hampir semua barang namun paling mendadak adalah bawang besar, bawang putih dan lada kering termasuk telur dan beras.



"Sebelum ini, bawang merah dan bawang putih masing-masing hanya hanya RM8 dan RM5 sekilogram namun sejak ia sudah naik mendadak kepada RM13 dan RM9 sekilogram.

"Begitu juga seguni lada kering 10 kilogram (kg) sebelum ini hanya RM130, namun kini melebihi RM210 seguni.

"Peniaga kecil seperti saya sangat terjejas dengan kenaikan mendadak bahan mentah sehingga terpaksa menaikkan harga makanan dijual di gerai hingga 10 peratus walaupun ada pelanggan merungut," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, media melaporkan kenaikan harga barangan mentah membabitkan gula pasir premium, bawang besar dan kecil, cili kering serta ikan bilis yang didapati mengalami kenaikan sehingga 40 peratus menyebabkan pengguna terutama peniaga kecil semakin terkesan.

Isnin lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 yang akan berkuat kuasa bermula semalam sehingga Rabu ini.

Sebanyak lapan jenis barangan yang dikawal menerusi skim berkenaan iaitu bawang merah besar import; bawang merah kecil (India) tidak termasuk Ros; cili merah; daging kambing biri-biri bertulang import; kacang dal (Australia); kelapa biji; kelapa parut dan tomato.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Hussien Ibrahim, merayu kerajaan supaya mengambil tindakan lebih tegas dalam menangani kenaikan harga bahan mentah yang semakin tinggi.

Katanya, ia bukan sahaja menyebabkan harga makanan terpaksa dinaikkan malah ia menyebabkan kemampuan pengguna juga semakin terhad dalam berbelanja termasuk untuk makan di luar.

"Sebanyak 300 pengusaha restoran mamak di negeri ini menangguhkan dahulu rancangan untuk menaikkan harga makanan terutama sebanyak 10 peratus berikutan tidak mahu membebankan lagi rakyat.

"Namun kami semakin terbeban dengan kenaikan mendadak harga bahan mentah terutama bawang merah dan putih, lada kering, telur beras yang menjadi bahan utama masakan.

"Ahli kami tidak lagi dapat menyerap kos operasi yang semakin tinggi terutama sewa dan gaji pekerja dan kini pula harga bahan mentah naik mendadak.

"Oleh itu kami merayu kerajaan supaya mengambil tindakan proaktif dan tegas dalam mengawal harga bahan mentah yang naik mendadak sejak pertengahan tahun ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atus-di-johor-bahru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.345115 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list