View: 7627|Reply: 0
|
Acosta pelumba termuda raih gelaran dunia Moto2
[Copy link]
|
|
PELUMBA Red Bull KTM Ajo, Pedro Acosta dinobatkan juara dunia pada perlumbaan Moto2 Grand Prix Malaysia, di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
SEPANG – Pelumba Red Bull KTM Ajo, Pedro Acosta melangkah ke kelas perdana Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan dengan rekod cemerlang apabila dinobatkan sebagai juara dunia kelas Moto2 di Grand Prix (GP) Malaysia hari ini.
Acosta yang dipancing untuk menyertai pasukan GasGas Factory Racing Tech3 itu musim depan tampil cemerlang di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu biarpun memulakan saingan di petak keenam sebelum menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua.
Biarpun dicabar Tony Arbolino bagaimanapun pelumba dari pasukan Marc VDS Racing itu melakukan kesilapan sebelum terbabas sekali gus memberi kelebihan kepada Acosta bagi memuktamadkan perebutan kejuaraan dunia Moto2 musim ini.
PELUMBA Red Bull KTM Ajo, Pedro Acosta dinobatkan juara dunia pada perlumbaan Moto2 Grand Prix Malaysia, di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
“Terima kasih kepada pasukan yang sudah bekerja keras sepanjang dua tahun bagi membantu saya. Saya akui kami sudah berdepan banyak keperitan untuk sampai ke tahap ini,” kata Acosta yang muncul selaku pelumba termuda merangkul gelaran dunia Moto2.
Mengiringi Acosta di podium selepas perlumbaan tersebut adalah Fermin Aldegeuer dari pasukan Speed Up Racing yang muncul juara, diikuti pelumba American Racing, Marcos Ramirez di tempat ketiga.
Berbaki dua lagi perlumbaan musim ini, perbezaan 77 mata antara Acosta dan Arbolino memastikan pelumba Sepanyol itu sudah tidak boleh dipintas lagi biarpun pencabarnya memenangi baki dua perlumbaan tersebut.
PELUMBA Red Bull KTM Ajo, Pedro Acosta dinobatkan juara dunia pada perlumbaan Moto2 Grand Prix Malaysia, di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Untuk rekod, musim ini adalah penampilan terakhir Acosta dalam kelas Moto2 memandangkan dia akan dinaikkan pangkat ke kelas perdana musim depan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Pol Espargaro bersama pasukan Tech3 GasGas Racing.
Selepas ini, semua pelumba memiliki masa lebih kurang seminggu bagi melakukan persiapan menjelang GP Qatar yang dijadualkan berlangsung di Litar Losail bermula 17 hingga 20 November ini. -KOSMO! Online
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... elaran-dunia-moto2/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|