View: 8864|Reply: 0
|
Enea Bastianini juara GP Malaysia
[Copy link]
|
|
PELUMBA Ducati, Enea Bastianini menjulang trofi GP Malaysia di Litar Sepang, sebentar tadi.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
SEPANG: Pelumba pasukan Ducati, Enea Bastianini berjaya mengungguli perlumbaan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk memastikan kejuaraan menjadi miliknya, sebentar tadi.
Bermula di petak ketiga, pelumba dari Itali itu mengambil peluang memintas dua pelumba di hadapan seawal pusingan pertama dan berjaya mengetuai perlumbaan sehingga ke garisan penamat.
Bastianini berjaya mengekalkan momentum perlumbaan walaupun cuba dicabar pelumba Gresini Racing, Alex Marquez dan rakan sepasukan, Francesco Bagnaia sekali gus meraikan kemenangan pertamanya musim ini.
Dia mengakui kekuatan mental menjadi kunci kejayaan dalam usaha memastikan dia menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat.
“Secara jujur, saya rasa sangat letih dan penat ketika ini kerana sudah beri 100 peratus sepanjang perlumbaan berlangsung. Bagaimanapun, mental saya sangat kuat sekarang kerana sudah lama tidak rasakan kemenangan.
“Hanya saya sendiri dan orang terdekat yang tahu apa saya lakukan selama ini untuk sampai ke tahap ini. Bagi saya, keputusan ini adalah sesuatu yang sangat menakjubkan,” katanya selepas tamat perlumbaan.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/terkin ... -juara-gp-malaysia/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|