View: 2924|Reply: 0
|
Ferrari 250 GTO dilelong pada harga RM243.37 juta
[Copy link]
|
|
FERRARI 250 GTO 1962 dijual di bawah harga yang disasarkan. -FOTO Youtube
New York: Sebuah kereta sport Ferrari 250 GTO 1962 dijual pada harga AS$51.7 juta (RM243.37 juta) di New York menjadikannya ia kereta kedua termahal pernah dijual di lelongan, kata Sotheby.
Roadster berwarna merah terang itu sebelum itu adalah milik pengumpul dari Amerika sejak 38 tahun lalu namun harga lelongannya tidak dapat mengatasi harga Mercedes 300 SLR Uhlenhaut Coupe yang dilelong dengan nilai €135 juta (RM679.94 juta) pada 2022.
250 GTO mula dijual petang semalam selepas beberapa minit membida di bilik lelongan, tetapi pada harga yang lebih rendah daripada jangkaan awal itu AS$60 juta (RM282.40 juta) yang disasarkan oleh rumah lelong itu.
Bagaimanapun Sotheby tidak pasti siapa pembida yang menang.
"GTO menakjubkan ini menawarkan keseronokan dalam perlumbaan vintaj atau mungkin akan dipamerkan di concours d'elegance dan perhimpunan marque utama di seluruh dunia," kata Sotheby.
Mercedes 300 SLR Uhlenhaut Coupe yang dijual pada berharga €135 juta (RM679.94 juta) adalah satu daripada dua contoh kereta sport termahal yang pernah dijual.
Ia dijual dalam sesi lelongan tertutup di muzium pengeluar Jerman di Stuttgart dan adalah kereta termahal pernah dijual di seluruh dunia, sama ada di lelongan atau persendirian, kata jurucakap RM Sotheby kepada AFP.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -harga-rm24337-juta |
|
|
|
|
|
|
| |
|