CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3242|Reply: 0

[Selangor] 6 van, 1 lori tergelincir akibat tanah mendap

[Copy link]
Post time 14-11-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode

KENDERAAN yang tergelincir akibat mendapan tanah. FOTO Ihsan Bomba

Subang: Enam van dan sebuah lori yang diletakkan di tempat letak kenderaan di Jalan BPU 6 Bandar Puchong Utama, di sini, tergelongsor ke dalam mendapan tanah, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu 6.46 petang tadi.

Beliau berkata, seramai 10 anggota bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat mendapan tanah di tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) terbabit.



"Tujuh kenderaan iaitu enam van dan sebuah lori yang diletakkan di lokasi terbabit didapati tergelincir ke dalam mendapan tanah ," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, anggota bertugas bertindak memastikan kawasan sekitar lokasi berkenaan selamat.

"Tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis serta MBSJ yang berada di lokasi terbabit.

"Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... akibat-tanah-mendap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:20 PM GMT+8 , Processed in 2.937892 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list