View: 3819|Reply: 11
|
"Kami Dah Semak CCTV, Sipolan Tersebut Pun Kami Dah Cam,"- Lepas Kenyang Makan, Cabut Lari Tak Nak Bayar
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA- Peniaga-peniaga restoran atau kedai makan selalu berdepan dengan pelanggan culas bayar selepas dah kenyang makan.
Kebiasaannya situasi ini berlaku kepada kedai makan yang menjalankan servis pesan dan makan dahulu, bayar kemudian.
Akaun Facebook Pak Awie’s Nasi Air baru-baru ini memuat naik satu gambar resit harga makanan berjumlah RM59.80 dengan contengan di atasnya ‘tidak bayar’ telah dimuat naik.
 Foto: FB
Ujar pemilik kedai yang terletak di Besut, Terengganu itu, pihaknya sudah pun menyemak televisyen litar tertutup (CCTV) dan pelanggan tersebut telah dicam.
“Cerita semalam. Juruwang bagi resit yang pelanggan tak bayar dekat bos. Juruwang risau takut mereka yang kena ganti jumlah ni.
“Tapi bos kata tak apa bukan salah korang. Ini salah pelanggan dari ‘neraka’ ni. Pesan makanan ingat, tapi nak bayar terlupa pula.
“Kami dah semak CCTV, ‘sipolan’ tersebut pun kami dah cam,” tulisnya.
Luahnya lagi, setiap makanan yang dipesan melibatkan banyak tenaga kerja membuatkan betapa bernilainya harga dan bayaran yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan berkenaan.
“Korang yang dah pesan makanan, dah siap makan, jangan la terlupa bayar tau. Kasihan ‘team’ juruwang kami. Bila ada ‘short’, kesian dorang nak menjawab dengan bos dan nak ganti mana yang terkurang.
“Kesian juga team dapur penat-penat siapkan makanan korang. Kesian team ‘bartender’ (pelayan) yang bersusah payah siapkan pesanan korang.
“Kesian juga team servis kami. Pergi hantar makanan ke meja korang. Dah kenyang makan, tup-tup korang tak bayar pulak. Sedih tau. Korang semua orang baik-baik kan. Terima kasih semua atas sokongan yang diberikan,” luahnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mencadangkan agar pemilik kedai menukar sistem bayar dahulu makan kemudian untuk mengelakkan perkara sebegini berulang kembali.
“Kena buat macam syarikat francais. Pesan dan bayar dulu kemudian tunggu hidangan. Tapi biasalah orang kita, kalau syarikat francais buat macam tu ok je. Cuba kalau buat dekat kedai-kedai Melayu, mudah betul ‘menyinga’,” komen Saiful Anuar.
“Sebaiknya buat sistem bayar dulu baru makan. Itu lebih adil buat kedua-dua belah pihak. Sekadar cadangan,” komen Puspa.
“Mungkin terlupa kot. Sebab pernah juga terlupa, entah kenapa terlupa. Balik rumah sembang-sembang pasal makan baru teringat belum bayar. Esoknya terus pergi kedai untuk bayar,” komen pengguna lain pula. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tengok menu tu macam makan atleast 5 org...
masing2 ingat orang lain dah bayarkan la kot |
|
|
|
|
|
|
|
Husnuzonnya uolss
|
|
|
|
|
|
|
|
In the aftermath of an automobile accident, retaining the services of an experienced attorney can make all the difference in your path to healing and resolution.
spacebar clicker
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya lah buat sistem bayar baru makan. Boleh elak benda gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai mamak kau makan dulu, tambah itu ini. Lepak order teh tarik pulak Nak balik baru bayar
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada cara lain untuk membendung gejala sebegini melainkan bayar dulu baru makan. Terutama restoran yang shop lot besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat ja macam kedai cina, bayar dulu baru makan.
Aku paling menyampah kedai nasi campur yang suruh kita sebut satu2 apa kita makan. Memang tak kan ku jengah lagi lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
|
|
|
|
|
|
|
|
Jarang menemukan karya yang begitu lengkap yang terasa merangsang secara intelektual dan mudah diserap. Gairah tulus Anda untuk topik ini bersinar, menjadikannya kegembiraan mutlak untuk dibaca. brawl stars |
|
|
|
|
|
|
|
amik gambar aje,pehtu tunjuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|