CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3032|Reply: 0

[Selangor] MDA rampas kanta lekap, cecair pembersih kanta lengkap tak berdaftar

[Copy link]
Post time 15-11-2023 05:48 PM | Show all posts |Read mode

KANTA lekap.

Cyberjaya: Dua syarikat yang beroperasi di Kuala Lumpur diserbu selepas disyaki mengimport dan meletakkan kanta lekap serta cecair pembersih kanta lengkap pelbagai jenama tidak berdaftar di pasaran, 8 November lalu.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Dr Muralitharan Paramasua berkata, operasi hasil aduan orang ramai itu merampas 183,642 unit kanta lekap dan cecair pembersih tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM500,000.

Menurutnya, kedua-dua syarikat terbabit melanggar Seksyen 5(1) Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) iaitu mengimport dan meletakkan peranti perubatan tidak berdaftar dalam pasaran.

Katanya, salah satu daripada syarikat terbabit didapati melanggar Seksyen 15(1) akta terbabit iaitu mengimport dan meletakkan peranti perubatan di dalam pasaran tanpa memegang suatu lesen establismen yang sah.



"Jika disabitkan kesalahan bagi kedua-dua pelanggaran, syarikat terbabit boleh dikenakan denda tidak lebih RM200,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya pada sidang media Operasi Serbuan MDA, di sini, hari ini.

Operasi itu disertai 19 penguat kuasa MDA dan 15 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Menurutnya, sejak Januari lalu, MDA menggantung 16 lesen establismen dan sembilan daripadanya dilepaskan penggantungan kerana mematuhi keperluan akta dan arahan MDA.

Katanya, MDA juga menjalankan 10 serbuan sehingga kini yang mana nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.03 juta.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngkap-tak-berdaftar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.553569 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list