CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3954|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 2,665 notis saman kepada pemandu warga asing sejak 1 November

[Copy link]
Post time 16-11-2023 04:42 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA penguatkuasa memeriksa seorang pemandu dalam Operasi Bersepadu di Putrajaya. FOTO Ihsan pembaca.

Putrajaya: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 2,665 notis saman terhadap pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan sejak pelaksanaan Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam pada 1 November lalu.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata sepanjang tempoh operasi itu dilaksanakan di seluruh negara, sebanyak 224,616 kenderaan diperiksa dengan 717 daripadanya disita, manakala 21,327 dikenakan tindakan notis oleh JPJ atas pelbagai kesalahan jalan raya.

"Antara kesalahan membabitkan pemandu warga asing ini tidak mempunyai lesen memandu (CDL), kenderaan persendirian dijadikan kenderaan perdagangan dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang dipandu seperti tayar botak," katanya pada sidang media selepas mengetuai operasi khas bersepadu JPJ bersama Jabatan Imigresen di sekitar Putrajaya hari ini.

Mengenai operasi yang bermula 3 pagi hingga 9 pagi itu, Lokman berkata ia dilakukan di sekitar laluan masuk melalui arah Kajang dan Puchong ke Putrajaya dengan tumpuan pemeriksaan adalah kenderaan membawa pekerja.

Beliau berkata sebanyak 21 kenderaan iaitu 12 bas dan sembilan van pekerja diperiksa dengan 38 notis saman dikeluarkan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-sejak-1-november
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.667614 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list