View: 5657|Reply: 0
|
[Johor]
Ibu dipenjara 8 bulan kerana pukul anak hingga lebam
[Copy link]
|
|
NOR Hazelinda dipenjara lapan bulan selepas mengaku salah pukul anak kandung hingga cedera. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Perbuatan seorang ibu kandung memukul anak perempuan hingga lebam dibalas dengan hukuman penjara lapan bulan selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Tertuduh, Nor Hazelinda Zaukafli, yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 326A kanun sama, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.
Mengikut pertuduhan, pekerja kedai makan berusia 36 tahun itu didakwa mendatangkan kecederaan terhadap anaknya berusia 16 tahun menggunakan tangan menyebabkan mangsa lebam di tangan kanan.
Kejadian itu berlaku jam 7.30 malam, 6 Jun lalu, di sebuah rumah di Parit Jawa, di sini.
Berdasarkan fakta kes, mangsa berada di rumah bersama tertuduh sebelum dicederakan menyebabkan dia mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili Sakinah Suhaimi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Berikutan pengakuan bersalah tertuduh, mahkamah menjatuhi hukuman penjara lapan bulan bermula daripada tarikh ditangkap iaitu 10 November.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-anak-hingga-lebam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|