CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15319|Reply: 0

[Johor] Loteng ‘penyelamat’ harta benda ketika banjir

[Copy link]
Post time 18-11-2023 05:06 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMMAD menunjukkan loteng yang dibina sebagai persediaan menghadapi banjir di rumahnya di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.

SEGAMAT – Salah seorang penduduk membina loteng di rumah bagi persediaan banjir yang acap kali melanda Kampung Seberang Batu Badak, Segamat di sini.

Menurut Mohammad Yahya, 50, kedudukan rumahnya hanya sejauh 12 meter dari tebing Sungai Segamat menyebabkan dia nekad mendirikan loteng bagi menghadapi banjir.

“Tahun ini sahaja sudah tiga kali rumah saya dinaiki air sehingga habis musnah harta benda.

“Seumur hidup saya, sekurang-kurangnya 45 kali banjir besar dan banjir termenung saya sudah lalui.

“Pengalaman terburuk adalah pada tahun 2015 dan awal Januari lalu apabila rumahnya 95 peratus ditenggelami banjir,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Batu Badak, hari ini.

Sementara itu, ibu Mohammad, Maheran Adon, 78, berkata, rumahnya sentiasa menjadi antara yang terawal dinaiki air dan terakhir surut di kampung itu kerana banjir termenung.

“Keluarga saya pernah menghuni Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selama sebulan pada banjir besar 2015 dan sebanyak tiga kali dalam setahun,” kongsinya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menasihatkan orang ramai bersiap siaga menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... enda-ketika-banjir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.386721 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list