CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1154|Reply: 0

[Melaka] Siapa kata rumah kami sunyi?

[Copy link]
Post time 20-11-2023 04:29 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Nabil yang dilahirkan sempurna mempunyai kemahiran bahasa isyarat menjadi 'pengantara' ibu Noorul Huda dan bapa, Muhammad Nazrol yang juga OKU pendengaran dan bisu. FOTO Ihsan Muhammad Nabil

Melaka: Berpegang kepada prinsip 'dalam hidup ini bukan hanya ada kita saja tetapi ada orang lain juga', menjadikan remaja lelaki ini tekad mempelajari bahasa isyarat untuk memudahkan ibu bapanya berkomunikasi dengan orang lain.

Muhammad Nabil Mohd Nazrol, 16, yang dilahirkan sempurna mempunyai kemahiran bahasa isyarat serta menjadi 'pengantara' ibu bapa yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan bisu, Muhammad Nazrol Dollah, 44, dan Noorul Huda Abd Rahman, 43.

Remaja berkenaan juga kerap berkongsi video menggunakan bahasa isyarat seperti menyanyi di TikTok bukan saja ia dapat memberi peluang komuniti OKU itu memahami muzik, malah mendedahkan bahasa itu kepada orang normal lain.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal itu berkata, dia dan kakaknya yang kini berusia 20 tahun dilahirkan sempurna serta mempunyai kemahiran bahasa isyarat yang dipelajari daripada ibu.



Menurutnya, dia mula belajar bahasa itu sejak berusia tiga tahun selepas bapanya kerap membawanya berjumpa rakan komuniti OKU itu hampir setiap hari.

"Sejak itu saya mula faham bahasa isyarat dan ajuk apa yang papa (ayah) buat sebelum ummi (ibu) ajar saya bahasa itu di rumah setiap hari. Saya dan kakak belajar betul-betul bahasa itu kerana ia memudahkan komunikasi keluarga kami.

"Selain itu, ramai menyangka rumah kami 'sunyi' tanpa suara ibu bapa, malah ramai yang cakap rumah kami mesti seronok sebab sunyi namun hakikatnya tetap meriah kerana kami berbual dengan cara sendiri," katanya ketika dihubungi.

Katanya, bahasa isyarat terbahagi kepada dua iaitu Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM), diajar secara formal di sekolah beraliran khas, manakala Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) pula digunakan sebagai bahasa komunikasi harian.

"Secara asasnya dua bahasa ini tidak banyak beza cuma ada sedikit berbeza iaitu KTBM kosa katanya lama, manakala BIM pula banyak kosa kata baru seperti 'viral', 'netflix' dan 'TikTok' dan digunakan orang normal untuk berbual dengan OKU.

"Sejujurnya saya berbangga kerana mempunyai kemahiran ini dan bagi saya tidak salah orang normal juga belajarnya biarpun tiada ahli keluarga berstatus OKU.

Kemahiran itu memberi peluang saya menjadi jurubahasa isyarat melalui Persatuan Orang Pekak Negeri Melaka, tahun lalu," katanya.

Katanya, dengan kemahiran itu dia dapat memudahkan urusan harian ibu bapa seperti di hospital, membeli barang atau berurusan di mana-mana pejabat kerana tidak semua orang mempunyai kemahiran bahasa isyarat.

"Saya juga membantu ummi dan papa berniaga cendol. Ketika saya ke sekolah mereka berniaga berdua saja dan pelanggan tetap juga sudah memahami beberapa bahasa isyarat ringkas untuk berurusan dengan mereka," katanya.

Muhammad Nabil berkata, disebabkan itu dia suka berkongsi video berkomunikasi dan bernyanyi menggunakan bahasa isyarat sebagai kesedaran untuk netizen memahami bahasa itu sekali gus membantu komuniti OKU memahami lirik lagu.

"Saya suka muzik dan gembira jika video itu memberi manfaat kepada orang lain dan banyak juga terima mesej daripada OKU itu yang berterima kasih kerana membuat video di TikTok kerana komuniti itu juga ramai yang sukakan muzik.

"Malah, saya juga menerima sokongan orang normal yang mana mereka cakap video saya membantu mereka mengenali dan belajar bahasa isyarat," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ta-rumah-kami-sunyi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.502053 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list