|
PELUMBA cilik negara Qabil Irfan Azlan
Kuala Lumpurelumba cilik negara Qabil Irfan Azlan bertekad untuk mengatasi pencapaian tahun lepas pada Kejuaraan Motosikal Siri Dunia Akhir FIM MiniGP di Valencia, Sepanyol bermula esok.
Pelumba berusia 11 tahun itu berkata dia sudah bersedia untuk perlumbaan berkenaan kerana telah melakukan sebaiknya sebelum berlepas ke Sepanyol.
"Tahun lalu empat terbaik, tahun ini mahu lebih baik lagi. Saya berlatih setiap minggu di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu. Kita lihat di Valencia bagaimana prestasi saya nanti," katanya menerusi rakaman video dikongsi pasukan ZK Racing hari ini.
Sementara itu, Pengurus Pasukan ZK Racing Zulfahmi Khairuddin optimis anak buahnya yang beraksi dalam kategori 190cc mampu menampilkan prestasi memberangsangkan memandangkan barisan pelumba negara pernah beraksi di Asia Talent Cup (ATC) 2023.
"Tahun berbeza pencabar berbeza. Perlu lihat segala sudut di mana kita perlu perbaiki dan kita telah kenal pasti kelemahan itu. Saya percaya semua pelumba telah bersedia dengan persiapan yang kita buat sejak tiga minggu lalu.
"Saya percaya semua yang ada berpengalaman cuma kita tak tahu tahap pencabar di sana," katanya.
Tiga pelumba negara yang beraksi dalam kelas 190cc ialah Farish Hafiy, Emil Idzhar dan Adi Putra, manakala Qabil Irfan dan Airel Marzuki akan bersaing untuk kategori 160cc di Litar Ricardo Tormo.
Kejuaraan dunia bermula esok hingga 23 Nov ini menghimpunkan pelumba terbaik dari Alpe-Adria, Australia, Austria, Kanada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Malaysia, Portugal, Qatar, Sepanyol, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... capaian-di-valencia |
|