CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1325|Reply: 0

Euro 2024: Portugal lengkapkan misi sempurna

[Copy link]
Post time 21-11-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode

PORTUGAL meraih kemenangan sempurna buat kali ke-10 selepas menundukkan Iceland pada aksi awal pagi semalam. - AFP

LISBON – Portugal mencatat aksi sempurna dalam saingan Kumpulan J kelayakan Euro 2024 apabila menang kesemua 10 perlawanan selepas menewaskan Iceland 2-0 di Stadium Jose Alvalade awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Selecao memastikan kemenangan di laman sendiri menerusi jaringan pemain tengah, Bruno Fernandes dan penyerang, Ricardo Horta, sekali gus muncul juara Kumpulan J.

Jurulatih Portugal, Roberto Martinez berkata, kemenangan itu sesuatu yang sangat penting kepada pasukan kerana ia membuatkan bilik persalinan lebih positif selain dan memberi kelebihan sebelum beraksi mana-mana perlawanan.

“Dapat melayakkan diri ke pusingan akhir dan menjadi juara kumpulan merupakan satu motivasi untuk semua pemain. Saya percaya dengan kemampuan pemain-pemain Portugal bagi membantu pasukan.

“Bagaimanapun, untuk menang 10 perlawanan dan sentiasa menampilkan aksi terbaik, ia memerlukan komitmen serta karakter yang luar biasa. Saya sangat puas hati dengan aksi menentang Iceland hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan, barisan kejurulatihan akan pening kepala selepas ini bagi memilih senarai akhir pemain yang bakal menggalas tanggungjawab pada pusingan akhir Euro 2024 nanti.

“Sekarang pasukan teknikal akan pening kepala kerana kami ada lebih daripada 30 pemain yang sentiasa menunjukkan aksi terbaik. Kami perlu buat keputusan dan ia mungkin akan jadi berita sedih kepada pemain tidak terpilih,” ujar Martinez. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... pkan-misi-sempurna/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:48 PM GMT+8 , Processed in 1.052887 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list