CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1329|Reply: 0

EPL: Arsenal lega Odegaard bakal kembali

[Copy link]
Post time 21-11-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode

ODEGAARD terlepas tiga perlawanan bersama Arsenal ekoran masalah pinggul, namun dilaporkan sudah hampir cergas untuk kembali membuat penampilan. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta yakin ketua pasukannya, Martin Odegaard akan kembali cergas sepenuhnya untuk mengetuai pasukan itu ketika dijadual berkunjung ke Brentford Ahad ini.

Sejak kekalahan kepada West Ham United di saingan Piala Liga Inggeris, Odegaard jarang bermain ekoran masalah pinggul hingga terlepas tiga perlawanan terakhir, malah khidmatnya juga terpaksa disisihkan dalam skuad kebangsaan Norway.

“Dia sekali lagi cuba untuk berada dalam keadaan bersedia. Kami begitu memerlukan khidmatnya kerana ketika ini kami sedang berada dalam keadaan sukar,” katanya.

Kenyataan pengendali Norway, Stale Solbakken juga pastinya melegakan Arteta dan mengakui Odegaard sedang berada di landasan terbaik untuk kembali cergas dan mampu bermain di tahap tertinggi.

“Saya ada berbincang dengannya (Odegaard) selama 45 minit. Dia semakin baik, jadi Arsenal mungkin boleh menggunakan khidmatnya untuk aksi dengan Brentford selepas ini,” kata Solbakken.

Sepanjang musim ini, Odegaard sudah pun merekodkan lima gol dan satu bantuan jaringan.

Ketika ini juga, The Gunners sedang berada dalam situasi getir selepas turut kehilangan khidmat Thomas Partey sehingga tahu depan malah Gabriel Jesus juga turut tersisih kerana alami kecederaan hamstring ketika pertemuan dengan Sevilla, bulan lalu. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... aard-bakal-kembali/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.325415 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list