View: 2594|Reply: 0
|
[Johor]
Menyesal beli rumah tak siap
[Copy link]
|
|
HANYA papan tanda yang ditemui di projek Perumahan Felcra Sungai Sepuluh di Paloh, Kluang selepas dilancarkan pada Mac 2018.
KLUANG – “Jangan kata rumah, tiang pun belum ada,” itulah keluhan orang ramai apabila di tanya tentang projek rumah rakyat yang dirancang pembinaannya berhampiran Ladang Kelapa Sawit Felcra Sungai Sepuluh di Paloh kira-kira enam tahun lalu.
Malah majlis pecah tanah yang dilakukan pada Mac 2018 itu sudah memasuki perancangan semula pembangunannya pada 12 Oktober 2021 dan dijangka siap pada 11 Oktober 2024 tidak menjadi kenyataan hingga sekarang.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Rosnah melahirkan rasa kesal kerana selepas terpilih sebagai pembeli yang layak dan ingin menjadikan kediaman itu untuk dihuni bersama anak-anaknya hanya seperti bermimpi di siang hari.
Katanya, hatinya melonjak kegembiraan apabila mendapati pembangunan perumahan yang terbengkalai selepas pelancaran pada tahun 2018 itu dirancang pembinaan semula pada tahun 2021, namun selepas dua tahun berlalu masih tiada apa-apa yang dilakukan oleh mana-mana pihak.
“Hanya kira-kira setahun sahaja lagi tarikh tamat pembinaan itu, mana mungkin boleh disiapkan dan selepas itu nanti tidak diketahui nasibnya sama ada diteruskan atau tidak,” jelasnya.
Menurut Rosnah lagi, turut kecewa adalah kira-kira 120 orang golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia yang dikatakan terpilih untuk pembelian rumah di kawasan perumahan ini.
Sementara itu, seorang lagi pembeli, Hanafiah Muhamad, 58, berkata, secara hakikatnya orang ramai terasa amat kecewa dan seperti dipermainkan selepas beratur berjam-jam di Pejabat Tanah Daerah (PTD)
Kluang pada 2017 semata-mata untuk mendapatkan borang rumah itu.
Ujarnya, bayangkan dengan kira-kira 2,000 pemohon yang perlu membayar RM10 untuk satu borang rumah ketika itu tanpa ada sebarang kata penyudah dibanggakan untuk didengar oleh mereka hari ini.
“Apa yang dapat diharapkan ialah impian memiliki rumah di Sungai Sepuluh itu menjadi kenyataan dan nama mereka yang terpilih tidak ditukar dengan orang lain,” jelasnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/11/21/menyesal-beli-rumah-tak-siap/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|