CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4555|Reply: 0

[Johor] Wanita Kemboja mohon maaf

[Copy link]
Post time 21-11-2023 07:00 PM | Show all posts |Read mode

Johor Bahru: Usahawan kedai jahit pukal yang menimbulkan kontroversi dalam video viralnya, memohon maaf dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Wanita itu yang dikenali sebagai Madam Mariyah dalam satu video berdurasi satu minit dua saat memaklumkan berterima kasih kepada baginda.

"Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun. Patik Mariyah binti Yaakob daripada Mariyah Holdings Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuanku.

"Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, patik terlalu sedih, terima kasih Tuanku.



"Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai lagi orang Tuanku, terima kasih sangat-sangat," katanya.

Semalam, seorang pengikut Tunku Ismail dalam platform X, memohon baginda mengambil tindakan ke atas mak cik kemboja (Mariyah).

Bagaimanapun dalam ciapan balas, Tunku Ismail bertitah, pada 2018 MP Muar mengatakan "zaman Ketuanan Melayu telah berakhir. Tun (Mahathir) dah berpuluh tahun kata "Melayu malas." Tapi tak ada pula orang tag saya suruh ambil tindakan.

Terdahulu, wanita Kemboja itu tular selepas mendakwa orang Melayu malas ketika mengadakan penstriman langsung di media sosial hingga mengundang kemarahan netizen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kemboja-mohon-maaf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.554203 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list