View: 2631|Reply: 0
|
Wales kena tunggu tahun depan
[Copy link]
|
|
REAKSI kecewa pemain Wales Neco Williams, Ben Davies dan Joe Rodon selepas tamat perlawanan.
Cardiff: Wales terpaksa beraksi di peringkat play-off selepas gagal menyambar tiket automatik ke Euro 2024 apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Turkiye dalam aksi terakhir kelayakan Kumpulan D, awal pagi tadi.
Wales perlu menewaskan Turkiye dan mereka memulakan perlawanan dengan garang apabila terlebih dahulu di depan apabila Neco Williams menjaringkan gol pembukaan selepas tujuh minit aksi bermula.
Namun Stadium Cardiff City kembali sepi selepas berita Croatia mendahului Armenia dalam satu lagi perlawanan kerana penyokong mereka tahu kemenangan ke atas Turkiye tidak bermakna jika Croatia menewaskan Armenia.
Harapan mereka bertambah tipis selepas Yusuf Yazici menyamakan kedudukan menerusi penalti minit ke-70 manakala Croatia yang menang 1-0 ke atas Armenia mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan akhir tahun depan.
Turkiye pula yang sudah pun mara lebih awal di Jerman memastikan mereka terus menduduki tangga teratas kumpulan dengan 17 mata, Croatia 16 dan Wales 12 mata.
Namun Wales masih boleh menyimpan impian selepas aksi separuh akhir play-off berlangsung di tempat sendiri pada 21 Mac.
Mereka akan menentang sama ada Ukraine, yang ditewaskan pada penentuan playoff untuk mara ke Piala Dunia tahun lalu, Finland atau Iceland dan final playoff menentang Poland atau Estonia.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -tunggu-tahun-depan |
|
|
|
|
|
|
| |
|