CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1977|Reply: 0

[Johor] Bala simpan burung larangan, RM40,000 melayang

[Copy link]
Post time 22-11-2023 03:24 PM | Show all posts |Read mode

Tan Chee Keong didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban. FOTO AZRUL EDHAM

Seremban: Pemilik kedai haiwan peliharaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, tadi kerana menyimpan 11 ekor burung Kelicap Kunyit dan dua ekor burung Bayan Serindit tanpa lesen sah di sebuah premis perniagaan, tujuh tahun lalu.

Hakim Mazni Nawi menjatuhkan hukuman itu terhadap, Tan Chee Kong, 38, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyimpan 11 ekor burung Kelicap Kunyit (Zosterops palpebrosus) dan tanpa lesen iaitu hidupan liar yang dilindungi mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Perbuatan itu dilakukan di premis perniagaan terletak di Jalan Kapitan Tam Yeong di Seremban pada 3 November 2016.



Berikutan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta716 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 60(1) akta sama.

Sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi lima RM50,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh juga dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 62 Akta 716 kerana menyimpan dua ekor burung Bayan Serindit (Loriculus galgulus) betina tanpa lesen.

Bagi kesalahan itu, dia boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana perlu menanggung ibu dan adik beradik selain perniagaannya yang tidak berapa baik sejak kebelakangan ini.

Dia juga mengaku kesal atas kesalahan dilakukan.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar(Perhilitan), Gilmoore Bolongan dalam hujahannya berkata, kesalahan OKS adalah satu kesalahan yang serius dan secara langsung menyumbang kepada aktiviti jenayah pemerdagangan hidupan liar.

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman denda RM10,000 bagi pertuduhan pertama dan RM30,000 bagi pertuduhan kedua.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-rm40000-melayang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.044336 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list