View: 818|Reply: 0
|
Haaland tanggung kos 200 penyokong
[Copy link]
|
|
Haaland tanggung kos 200 penyokong
HAALAND tak lupa jasa bekas kelab zaman remaja.
Helsinki: Penyerang Norway dan Manchester City Erling Haaland sedia membiayai kos perjalanan penyokong bekas kelabnya Bryne FK untuk menyaksikan perlawanan play-off Sabtu ini.
Kelab divisyen dua Bryne yang juga kelab zaman remaja Haaland beraksi di peringkat play-off kali pertama sejak 2006 dan berpeluang dinaikkan ke liga utama Norway.
Haaland, 23, mahu menanggung tiket keretapi membabitkan 200 penyokong berjumlah sekitar AS$16,000 (RM74,000).
"Masalah kewangan semakin membebankan bagi sesetengah orang dan sukar untuk mereka hadir menyaksikan perlawanan seperti itu di sini," kata Pengurus Pemasaran Bryne, Bjorn Hagerud Roken kepada TV 2.
"Kemurahan hati Haaland membolehkan lebih ramai penyokong berkunjung menyaksikan perlawanan."
Haaland memulakan kariernya di peringkat belia bersama Bryne sebelum menyertai kelab utama pada 2016.
Dia kemudiannya berpindah ke Molde sebelum menyertai juara Austria RB Salzburg, kelab Jerman Borussia Dortmund dan kelab Liga Perdana Inggeris Manchester City pada 2022.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... g-kos-200-penyokong
|
|
|
|
|
|
|
| |
|