CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 727|Reply: 0

Man United, Nice rebut slot Eropah

[Copy link]
Post time 23-11-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode

Bakal pemilik baharu Manchester United, Jim Ratcliffe turut memiliki kelab Ligue 1, Nice. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Manchester United berisiko tercicir daripada saingan Eropah musim depan selepas Jim Ratcliffe, yang turut memiliki Nice, mengambil alih kelab Old Trafford itu.

Ratcliffe dan syarikatnya, Ineos sudah memiliki Nice dan bakal menyempurnakan pembelian 25 peratus saham United beberapa hari lagi.

Menjelang Liga Juara-Juara Eropah musim depan, liga tertinggi Perancis diberikan tiga slot automatik dan satu play-off manakala Liga Perdana Inggeris mendapat lima slot automatik.

Di bawah peraturan pemilikan beberapa kelab Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), satu-satunya cara untuk Nice dan United beraksi di pentas Eropah musim depan ialah dengan salah sebuah kelab layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah dan satu lagi untuk Liga Konferens Eropah.



Nice kini hanya satu mata di belakang pendahulu Ligue 1, Paris Saint-Germain, manakala United di tangga keenam Liga Perdana Inggeris.

Jika kedua-dua kelab layak ke Liga Juara-Juara Eropah, pasukan yang berada di kedudukan lebih tinggi akan beraksi dan satu lagi dilarang daripada menyertai kejohanan berkenaan.

Jika Nice dan United menamatkan saingan di kedudukan yang sama, ranking England di pentas Eropah membolehkan skuad kendalian Erik ten Hag layak ke Liga Juara-Juara Eropah berbanding kelab Perancis berkenaan.

Dalam situasi lain, sekiranya Nice berada di tangga keempat Ligue 1 dan tewas penentuan play-off, manakala United kekal di tangga keenam liga Inggeris atau memenangi Piala FA, Red Devils tetap dilarang daripada menyertai Liga Europa.

United hanya boleh mengidamkan saingan Eropah dengan layak ke Liga Konferens menerusi kedudukan ketujuh liga atau memenangi Piala Liga.

Peraturan UEFA itu turut memberi impak kepada Manchester City dan kelab Sepanyol, Girona, yang dimiliki oleh City Football Group.

Girona melakukan kejutan dalam saingan La Liga musim ini apabila menduduki tangga teratas di depan Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... e-rebut-slot-eropah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.043516 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list