View: 725|Reply: 0
|
Maguire maafkan ahli parlimen Ghana
[Copy link]
|
|
Pertahanan Manchester United, Harry Maguire kini kembali mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukannya. - Foto AGENSI
ACCRA: Pemain Manchester United, Harry Maguire menerima permohonan maaf ahli politik Ghana yang mempersendakannya ketika sidang parlimen negara itu tahun lalu.
Ahli parlimen pembangkang, Isaac Adongo membandingkan pengurusan ekonomi Naib Presiden, Mahamadu Bawumia seperti persembahan Maguire di atas padang.
Dalam ucapannya yang tular di media sosial tahun lalu, Adongo menyamakan Bawumia seperti Maguire - melabelkannya sebagai ancaman utama di benteng pertahanan Manchester United.
Ia susulan kegagalan Bawumia menangani krisis ekonomi Ghana yang menyebabkan inflasi dan kejatuhan mata wang.
Namun pada pembentangan bajet 2024 pada Selasa lalu, Adongo berkata Maguire sudah bangkit dan menarik balik analogi berkenaan.
"Sekarang saya perlu meminta maaf kepada Harry Maguire. Dia pemain yang lebih baik sekarang... mula menjaringkan gol untuk Manchester United," kata Adongo.
Maguire menerima permohonan maaf itu dan memuat naik status di media sosial: "Jumpa anda di Old Trafford." - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ahli-parlimen-ghana
|
|
|
|
|
|
|
| |
|