CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 730|Reply: 0

Bintang Liverpool nikmati aksi terbaik

[Copy link]
Post time 23-11-2023 10:41 AM | Show all posts |Read mode

NUNEZ membuktikan ketajamannya dengan meledak dua gol ketika membantu Uruguay menewaskan Bolivia 3-0 di Estadio Centenario semalam. – AFP

MONTEVIDEO – Penyerang Liverpool, Darwin Nunez kini menikmati permainan terbaik dalam kariernya apabila menjadi arkitek kejayaan Uruguay menewaskan Bolivia 3-0 di Estadio Centenario semalam.

Nunez berjaya meledak dua gol buat La Celeste dalam aksi itu untuk merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut pada kempen kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Brazil dan Argentina bulan lalu.

Penggempur berusia 24 tahun itu membuka tirai jaringan pada minit ke-15 selepas memanfaatkan hantaran daripada pemain sayap Manchester United, ­Facundo Pellistri.

Uruguay menggandakan kedudukan selepas pemain tengah Bolivia, Gabriel Villamil menjaringkan gol sendiri pada minit ke-39 sebelum Nunez memastikan kemenangan dengan jari­ngan ketiga dalam babak kedua.

Kemenangan itu memboleh­kan Uruguay mengekalkan kedudukan mereka di tangga kedua dalam carta kelayakan benua Amerika Selatan, hanya dua mata di belakang pendahulu, Argentina yang menang 1-0 ke atas Brazil semalam.

Faktor utama kejayaan bekas juara dunia dua kali itu sejak ke­belakangan ini disebabkan penyudah tajam Nunez yang kini sudah meledak lima gol dalam enam aksi antarabangsa bersama Uruguay tahun ini.

Seorang lagi tonggak Uruguay iaitu pemain pertahanan Barcelona, Ronald Araujo menyifatkan kehadiran Marcelo Bielsa sebagai ketua jurulatih negara itu sejak Mei lalu adalah kunci kepada peningkatan prestasi mereka.

“Beliau memahami sepenuh­nya apa yang perlu dilakukan oleh para pemain di atas padang. Ia amat penting kerana kami tidak mempunyai banyak masa berlatih, kadang-kadang cuma 48 jam sebelum turun bermain,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... kmati-aksi-terbaik/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.392658 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list