CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1080|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Jangan takut lapor salah laku rasuah dalam organisasi

[Copy link]
Post time 23-11-2023 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Gambar hiasan


SEREMBAN - Warga kerja dinasihatkan supaya tidak takut untuk melaporkan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa dalam organisasi masing-masing bagi membendung gejala tersebut daripada berleluasa.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail berkata, pemberi maklumat tidak perlu merasa bimbang kerana identiti mereka tidak akan didedahkan.


"Kalau ada rasa takut kita tidak akan ke depan, jadi jangan sembunyikan kes salah laku itu dan sedar ia merupakan satu kesalahan kalau tidak lapor...satu hari nanti takut kita pula terlibat sekiranya tidak lapor dari awal.

"Rasuah merupakan perbuatan dikeji dan tidak akan memberi kebaikan sebaliknya penuh kehinaan dan kehancuran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelan Anti Rasuah Organisasi Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd 2022-2026 di sini pada Khamis.


Menurutnya, gejala rasuah perlu ditangani secara menyeluruh kerana ia boleh menyebabkan berlaku peningkatan pada jumlah kos modal dan pembangunan bagi sebarang program atau projek yang dilaksanakan sekali gus merugikan negara.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada semua pihak terutama warga kerja rangkaian hotel berkenaan untuk berganding bahu menjadikan organisasi itu bebas daripada amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. - Bernama



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.864808 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list