CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1077|Reply: 0

[Johor] Johor bentang Belanjawan 2024 dengan lebihan RM4.21 juta

[Copy link]
Post time 23-11-2023 03:53 PM | Show all posts |Read mode

Onn Hafiz (tengah) menunjukkan fail Belanjawan Johor 2024 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Khamis.

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor pada Khamis membentangkan belanjawan lebihan RM4.21 juta bagi tahun kedua berturut-turut.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Belanjawan Johor 2024 bertemakan 'Memacu Pembangunan Menyejahterakan Rakyat' menyaksikan jumlah hasil yang akan dikutip pada tahun depan dijangka sebanyak RM1.804 bilion.
Menurut beliau, perbelanjaan pula dianggarkan sebanyak RM1.799 bilion seterusnya terdapat lebihan sebanyak RM4.21juta.

"Anggaran hasil 2024 dibandingkan dengan anggaran hasil pada 2023 adalah meningkat sebanyak 4.03 peratus manakala perbelanjaan mengurus bagi tempoh sama dijangka meningkat sebanyak 3.94 peratus," katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2024 di Kota Iskandar pada Khamis.

Dalam pada itu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata, negara turut terkesan susulan keadaan ekonomi dunia berdepan ketidaktentuan susulan ketegangan geopolitik.

Onn Hafiz (tengah) menunjukkan fail Belanjawan Johor 2024 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Khamis.
Bagaimanapun jelasnya, Johor terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan muncul sebagai penyumbang terbesar kepada perdagangan negara, susulan peningkatan eksport dan import.

"Belanjawan Johor 2024 bertunjangkan enam teras Agenda Maju Johor, yang mendasari setiap genap dan pelosok negeri.

"Enam teras berkenaan ialah tadbir urus kerajaan, pembangunan ekonomi, jaringan keselamatan sosial, kemudahan dan keperluan asas, kebersihan dan kelestarian alam sekitar dan Orang Muda Johor.

“Belanjawan merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan ekonomi dan infrastruktur, bantuan kepada rakyat, pendidikan, perumahan mampu milik, pertanian moden, keagamaan, kesukarelawanan dan banyak lagi," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.556808 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list