CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 0

Juara bertahan mula perang psikologi

[Copy link]
Post time 25-11-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

HAALAND (kiri) turun menjalani latihan bersama skuad utama City, sekali gus memberi bayangan mungkin turun menentang Liverpool di Etihad malam ini. – MAN. CITY

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guar­diola seakan-akan melancarkan perang psikologi terhadap Liverpool apabila kelab itu berkongsi rakaman Erling Haaland mula menjalani latihan menjelang perhitungan getir di Stadium Etihad malam ini.

Walaupun dilaporkan cedera, Haaland seperti dijadikan ‘alat’ untuk menghadirkan kegusaran kepada kem The Reds terutamanya status bintang Norway itu yang kini sedang mendahului carta penjaring Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 13 gol.

Menerusi rakaman itu, Guardiola dilihat sedang berbincang dengan Haaland, namun isu terbesar yang perlu diatasi sekarang adalah untuk mengembalikan fokus para pemainnya selepas City terpalit dengan dakwaan pelanggaran Peraturan Kewa­ngan Adil (FFP).

Juara Eropah itu juga mungkin kehilangan khidmat Rodri ekoran kecederaan yang menyaksikan pemain tengah itu terlepas tugasan antarabangsa bersama Sepanyol dalam kempen kelayakan Euro 2024 baru-baru ini.

Bagaimanapun, tonggak muda antarabangsa England, Phil Foden dijangka dapat memainkan peranan lebih besar untuk menjadikan juara treble musim lalu itu kekal berada pada tahap terbaik.

Selepas penghijrahan David Silva yang pernah dianggap ‘enjin utama’ The Citizens dan kece­deraan dialami Kevin De Bruyne, kesempatan itu pastinya menjadi detik terbaik buat Foden untuk menambat hati Guardiola.

Keyakinan terhadap Foden juga menjadi sebab utama kepada keputusan Guardiola untuk tidak mendapatkan pemain baharu mengisi posisi tengah pada jendela perpindahan lalu.

“Kami percayakan Phil (Foden) kerana jika kami tidak yakin de­ngannya, sudah pasti kami akan berada di pasaran pemain untuk mencari pengganti David (Silva),” kata Guardiola.

Musim lalu, Foden merekodkan 3,184 minit permainan dalam semua pertandingan dengan meledak 14 gol dan mencipta 11 bantuan jaringan, namun masih gagal memikat hati Guardiola untuk menjamin tempatnya dalam kesebelasan utama.

City ketika ini tidak diberikan laluan mudah apabila sudah mengalami dua kekalahan daripada 12 perlawanan, namun masih kekal menerajui carta liga dengan 28 mata, berkelebihan satu mata ke atas dua pencabar terdekat, Liverpool dan Arsenal. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... a-perang-psikologi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.283030 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list