View: 680|Reply: 0
|
FIFA siasat insiden keganasan Brazil, Argentina
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/argentina2511a_1700875208.jpg)
Pergaduhan besar berlaku antara penyokong Brazil dan Argentina sebelum sepak mula aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Maracana, Rio de Janeiro pagi Rabu lalu. – Foto REUTERS
LAUSANNE: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan Brazil dan Argentina akan disiasat oleh jawatankuasa disiplin selepas pertembungan sengit di Maracana minggu ini.
Persekutuan bola sepak Brazil mungkin didakwa atas kemungkinan pelanggaran ketenteraman dan keselamatan serta 'tingkah laku tidak wajar' daripada penyokong.
FIFA akan meneliti tingkah laku pasukan kebangsaan Argentina susulan kelewatan sepak mula serta kekecohan dalam kalangan penyokong bersama Brazil.
Brazil dilaporkan mungkin berdepan pemotongan mata atau terpaksa beraksi di stadium kosong berikutan kekecohan itu yang mencemarkan kekalahan 1-0 di tangan musuh tradisi Argentina di Maracana.
Satu pergaduhan besar berlaku di bangku penonton menjelang perlawanan antara dua penyokong bermusuhan, sebelum bertembung dengan polis, memaksa sepak mula tertangguh selama setengah jam.
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/argentina2511b_1700875211.jpg)
Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez cuba merampas baton dari pegawai polis ketika insiden kekecohan aksi Brazil-Argentina di Maracana pagi Rabu lalu. – Foto REUTERS
Sesetengah pemain dari kedua-dua pasukan cuba mendekati kawasan penonton untuk cuba menenangkan mereka, sekalipun penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez melompat ke arah penonton untuk merampas baton pegawai polis sebelum dihalang oleh rakan sepasukannya.
Angel Di Maria dilihat meludah ke arah seorang penyokong yang membaling arak ke arahnya ketika dia dan rakan sepasukan menuju ke terowong.
Pemotongan mata mungkin bakal menjejaskan Brazil yang hanya meraih tujuh mata daripada enam perlawanan pertama mereka pada kelayakan Piala Dunia dan menghuni tangga keenam daripada 10 pasukan.
Hanya enam pasukan dari zon Amerika Selatan layak secara automatik ke Piala Dunia dengan pasukan ketujuh akan bermain pada aksi play-off antara benua.
Dalam satu hantaran di Instagram, Presiden FIFA Gianni Infantino mengecam keganasan yang berlaku di Maracana. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... an-brazil-argentina |
|
|
|
|
|
|
| |
|