CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4175|Reply: 0

Skuad B-23 mohon izin TMJ lepaskan Arif Aiman

[Copy link]
Post time 25-11-2023 04:10 PM | Show all posts |Read mode

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri), Arif Aiman (tengah) dan Datuk Seri Shahril Mokhtar.

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara memohon 'restu' pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya 'mengizinkan' pemain muda sensasi, Arif Aiman Hanapi memberikan khidmatnya untuk membantu kempen Piala Asia B-23, tahun depan.

Pengurusnya, Datuk Seri Shahril Mokhtar menganggap kehadiran pemain kebangsaan itu mampu memberikan motivasi yang lebih besar khususnya buat barisan pemain muda negara untuk memberikan aksi yang terbaik pada saingan di Qatar itu.

Meskipun sedar betapa hasrat itu adalah satu permintaan yang agak berat memandangkan saingan Piala Asia B-23 itu berlangsung di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) namun beliau mengharapkan perkara itu dapat dipertimbangkan.

"Harapan saya adalah dapat dilepaskan atau sebaliknya dan mengharapkan Tunku Ismail dapat menunaikannya kerana khidmat Arif Aiman sememangnya ditagih.



"Kehadiran Arif Aiman cukup penting kerana bukan saja mempunyai kemahiran yang tinggi namun dia sudah pastinya menjadi contoh kepada pemain lain untuk mempamerkan aksi lebih baik.

"Saya sangat mengharapkan Tunku Ismail terbuka hati untuk melepaskan Arif Aiman walaupun seperti sedia maklum perlawanan itu berlangsung di luar kalendar FIFA," kata Shahril.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Juan Torres Garrido itu diundi dalam Kumpulan D bagi saingan Piala Asia B-23 bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Undian itu disifatkan agak seimbang sekali gus menyaksikan skuad 'Harimau Muda' berpeluang mara lebih jauh bagi edisi kali ini.

https://www.bharian.com.my/sukan ... lepaskan-arif-aiman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.197129 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list