View: 705|Reply: 0
|
MotoGP: RNF bakal berkubur musim depan
[Copy link]
|
|
RAZLAN mengakui RNF berdepan masalah kewangan serius ketika ini dan mungkin terpaksa menjual pemilikan pasukan itu.
PRINSIPAL pasukan MotoGP RNF Racing, Datuk Razlan Razali memberi bayangan bahawa beliau akan meninggalkan kerusi No. 1 satu pasukan tersebut pada penghujung musim ini.
Menurut laporan antarabangsa, RNF berdepan masalah kewangan selepas CryptoDATA Tech yang juga pemegang saham majoriti gagal menjelaskan pembayaran dan menyebabkan Razlan tidak mempunyai pilihan melepaskan pasukan tersebut.
Dalam laporan GPOne menjelaskan bahawa pasukan itu akan diambil alih oleh bekas pemandu NASCAR, Justin Marks dan Trackhouse Entertainment Group dan sekiranya perkara tersebut berlaku, tiada lagi nama RNF dalam kancah perlumbaan MotoGP musim depan.
“Ia adalah persembahan yang menakjubkan. Peluang sekali seumur hidup untuk mengurus dan memiliki pasukan MotoGP dalam kejohanan dunia.
“Kami tahu bagaimana rasanya menang dan kalah, terutamanya dalam kekalahan. Dapat bekerja dengan ahli pasukan paling hebat dari seluruh dunia.
“Kami menemui juara dunia Fabio Quartararo dan kami hampir merangkul gelaran juara dunia dengan Frankie (Morbidelli), kami mempunyai pelumba terhebat sepanjang zaman iaitu Valentino Rossi dan juga legenda hebat, Andrea Dovizioso.
“Kami juga mengambil risiko dalam Darryn (Binder) juga bersama Miguel (Oliveira) serta Raul Fernandez. Pasukan itu adalah keluarga besar saya, rumah kedua saya dan kami harus berbangga dengan apa yang telah kami capai dan jadi.
“Apa yang menanti? Ia akan menjadi satu lagi permulaan walaupun berbeza dan saya akan menonton dengan penuh semangat dan keterujaan,” kata Razlan.
Razlan kini berada di Valencia untuk menamatkan perlumbaan terakhir bersama pasukannya di Grand Prix (GP) Valencia. Ketika ini, RNF masih belum mengesahkan secara rasmi mengenai pekara tersebut.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... rkubur-musim-depan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|