View: 566|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Peneroka warga emas rugi RM13,000 terpedaya love scam
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
JEMPOL – Seorang peneroka di daerah ini kerugian RM13,000 akibat terpedaya dengan penipuan love scam seorang lelaki yang dikenali menerusi aplikasi media sosial bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang berusia 61 tahun itu yang merupakan seorang balu berkenalan dengan sorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Ahmed Hassan melalui aplikasi WhatsApp dan tinggal di London.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah terpedaya dengan sindiket love scam dan ditaburkan janji manis oleh individu tersebut.
“Ahli sindiket itu kemudiannya memaklumkan ingin menghantar bungkusan sebagai tanda perkenalan dan mahu lebih serius dengan mangsa.
“Pada 26 Oktober lalu, lelaki itu yang menggunakan nombor 2349135547916 dan 2349138738030 memberitahu akan memberi pakej hadiah kepada mangsa dan wang tunai sebanyak 50 ribu dollar.
“Mangsa kemudiannya menerima pesanan whatsapp dari nombor 01164438274 yang tidak diketahui nama memaklumkan barang milik mangsa telah sampai di KLIA dan barang tersebut telah dirampas oleh pihak Kastam,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Jelas Chang Hook lagi, mangsa diarahkan membayar kepada pihak ejen serta Kastam untuk melepaskan barang tersebut dan mulai 30 Oktober hingga 10 November, mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM13,000 ke nombor akaun seorang individu untuk menerima parcel tersebut.
Menurutnya, pada 11 November kira-kira pukul 4.14 petang, mangsa sekali lagi dipaksa untuk membayar RM 10,000 lagi, namun mangsa yang merasakan telah tertipu datang ke balai polis untuk membuat laporan pada hari yang sama.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... erpedaya-love-scam/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|