CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2552|Reply: 0

Damok kemalangan, pergelangan tangan retak

[Copy link]
Post time 26-11-2023 03:56 PM | Show all posts |Read mode

Syarifuddin tidak dapat beraksi pada pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Dunia selepas terbabas pada sesi latihan bebas semalam.

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman terpaksa melupakan perlumbaan di pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Valencia, hari ini.

Ini selepas pelumba pasukan MTHelmets-Msi mengalami keretakan pada pergelangan tangan kanannya selepas terbabas di sesi latihan bebas kedua, semalam.

"Sedikit perkembangan selepas penilaian perubatan. Saya mengalami keretakan pada pergelangan tangan kanan dan tidak dapat beraksi di perlumbaan pusingan akhir di Valencia.

"Tentunya saya kecewa kerana mahu berlumba dan lakukan yang terbaik di perlumbaan akhir ini. Saya berterima kasih di atas peluang dan pengalaman ini.


"Saya akan teruskan proses pemulihan saya sewaktu di Malaysia nanti," katanya dalam satu kenyataan.

Perkembangan itu menyaksikan Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok menutup tirai kempen musim ini dengan noktah mengecewakan yang menyaksikan kontraknya bersama MTHelmets-Msi tidak disambung pada musim depan.

Prestasi Damok yang membuat penampilan pertama dalam saingan Moto3 musim ini tidak konsisten dengan pencapaian terbaiknya adalah di GP Argentina pada April lalu dengan meraih penamat di tempat ke-11 untuk mengutip lima mata.

Selepas perlumbaan berkenaan, prestasi pelumba berusia 21 tahun itu tidak menentu terutama selepas mengalami kemalangan di GP Itali pada Jun sehingga memaksa dirinya harus berehat panjang akibat retak tulang rusuk.
https://www.bharian.com.my/sukan ... langan-tangan-retak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.034423 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list