CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2282|Reply: 0

Barca merudum di belakang Atletico

[Copy link]
Post time 26-11-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski (kiri) bersaing dengan pemain Rayo Vallecano, Isi Palazon ketika aksi La Liga Sepanyol di Campo de Futbol de Vallecas, Madrid lewat malam tadi. – Foto AFP

MADRID: Juara Sepanyol, Barcelona sekadar seri 1-1 di Rayo Vallecano dalam aksi La Liga malam tadi, meneruskan rentetan persembahan di bawah tahap sebenar yang membimbangkan.

Pendahulu mengejutkan Girona dan pasukan tangga kedua Real Madrid kini berpeluang untuk melebarkan jurang mereka ke atas kelab Catalunya itu yang menghuni tangga keempat, dalam tempoh dua hari berikutnya.

Tandukan Antoine Griezmann membantu kemenangan 1-0 Atletico Madrid ke atas Real Mallorca awal pagi tadi untuk melonjakkan Rojiblancos ke tangga ketiga, di depan Barcelona menerusi perbezaan gol, sesudah beraksi kurang satu perlawanan.

Unai Lopez meletakkan Rayo di depan dari jarak jauh pada babak pertama tetapi Barca menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri Florian Lejeune pada minit ke-82.



Keputusan seri itu mencetus keraguan mengenai Barcelona, yang tidak beraksi pada tahap terbaik mereka selama beberapa minggu dan berdepan FC Porto awal pagi Rabu ini mengintai peluang layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

"Saya fikir ia permainan dua babak, pada babak pertama kami mendominasi tetapi kami tidak cukup agresif untuk menghukum mereka," kata pengendali Barca, Xavi Hernandez.

"Pada babak kedua kami melakukannya, kami menjaringkan satu gol dan patut menambah lagi... kami perlu menang perlawanan ini jika kami mahu menjuarai liga.

"Kami perlu mengkritik diri sendiri, ia terlalu banyak merugikan kami musim ini... dalam bola sepak moden banyak perkara berubah apabila mereka menjaringkan gol menentang anda."

Barcelona gagal menewaskan Rayo dalam lima perlawanan dan boleh ketinggalan enam mata di belakang Girona jika jiran mereka itu menundukkan Athletic Bilbao awal pagi Selasa ini di Montilivi.

Real Madrid, dua mata di depan Barca dan satu mata berbanding Atletico, bertandang ke Cadiz awal pagi esok. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-belakang-atletico
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:20 PM GMT+8 , Processed in 1.619877 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list