CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 863|Reply: 0

[Perak] Kastam Perak rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta

[Copy link]
Post time 27-11-2023 02:43 PM | Show all posts |Read mode

ABDUL Ghafar (tiga, kanan) menunjukkan rokok pelbagai jenama yang dirampas pada sidang media di Kompleks Kastam. FOTO BERNAMA

Ipoh: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 2.5 juta batang rokok putih bernilai lebih RM2.1 juta dalam serbuan di Pantai Remis dan Sitiawan, Khamis lalu.

Pengarah JKDM Perak Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata ia adalah rampasan terbesar di negeri ini tahun ini, hasil risikan selama seminggu.

Beliau berkata dalam serbuan 1.30 tengah hari itu pihaknya menemukan rokok putih dan kretek pelbagai jenama disyaki diseludup masuk melalui jalan laut dan disimpan di dalam premis kediaman.

"JKDM melakukan intipan terhadap sebuah rumah teres dua tingkat di Sitiawan yang berpagar dan mempunyai pengawal dan risikan mendapati premis yang dijadikan stor simpanan rokok itu tidak berpenghuni," katanya pada sidang media di pejabat JKDM Perak di sini hari ini.



Abdul Ghafar berkata serbuan kedua dilakukan pada hari sama di sebuah premis terbiar di Pantai Remis dan menemukan sebanyak 127,200 batang rokok putih dan kretek dengan nilai lebih RM100,000 yang diletakkan di ruang tamu rumah terbabit.

"Kebanyakan rokok yang diseludup dibawa masuk melalui laut dari Vietnam dan disimpan di rumah terbabit sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

"Kesemua kotak berisi rokok dibalut dengan plastik bagi mengelakkan ia daripada basah dan tiada tangkapan dibuat, malah kami masih mengesan pemilik premis terbabit untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

"Pemilik premis atau penyewa boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersubahat membenarkan premis mereka digunakan untuk menyimpan rokok tidak sah.

"Untuk kegiatan seperti ini, kami boleh mengambil tindakan ke atas individu yang memiliki pada masa itu sama ada penyewa atau pemilik premis yang berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bernilai-rm21-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.428616 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list