View: 3877|Reply: 0
|
PSG anggap pertemuan menentang Newcastle seperti final
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/FBL-EUR-C1-PARIS-PRESSER_1701097574.jpg)
Ketua jurulatih Paris Saint-Germain, Luis Enrique ketika sidang akhbar di Poissy, Paris menjelang pertemuan dengan Newcastle. - AFP
LONDON: Paris St Germain akan melalui aksi Liga Juara-Juara di laman sendiri berdepan Newcastle United seperti berada di final, kata pengurus Luis Enrique hari ini.
PSG kini berdepan aksi getir dalam Kumpulan F, ketika semua empat pasukan masih boleh meneruskan kemaraan dan mereka mengharapkan kelebihan di laman sendiri pada aksi awal pagi Rabu ini di Paris.
"Parc des Princes akan membawa kami, saya menjangkakan suasana yang hebat. Kami amat mengharapkan penyokong, kami perlukan kehangatan dan keghairahan dalam stadium lebih daripada normal," kata Luis Enrique dalam sidang akhbar.
"Kami akan bermain dalam perlawanan ini umpama final. Pada tahap ini, perlawanan di tempat sendiri adalah aksi paling penting. Penyokong adalah aset istimewa kami, kami menjangkakan sokongan hebat."
PSG tewas 1-4 ketika mereka menentang Newcastle pada Oktober dan selepas pasukan Liga Perdana Inggeris itu menang 4-1 mengatasi Chelsea Sabtu lalu, Luis Enrique menjangkakan satu lagi cabaran sukar.
"Mereka amat kuat dalam aspek fizikal, mereka mampu memberi tekanan kuat dan jauh ke atas, ada banyak intensiti.
"Jika anda melihat perlawanan terakhir mereka berdepan Chelsea, tahap fizikal masih berada di sana. Kita semua tahu ia akan sekali lagi terjadi esok, kami perlu bersedia." - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... astle-seperti-final |
|
|
|
|
|
|
| |
|