CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6048|Reply: 0

JDT 'lunyai' di Tokyo

[Copy link]
Post time 29-11-2023 07:22 AM | Show all posts |Read mode
JDT 'lunyai' di Tokyo


PEMAIN Kawasaki meraikan jaringan ketika menentang JDT. FOTO AFC Champions League


Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas dibelasah 0-5 oleh Kawasaki Frontale dalam aksi Kumpulan I di Stadium Kawasaki Todoroki, malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan JDT tiada peluang melepasi peringkat Kumpulan I meskipun masih berbaki satu lagi aksi apabila dijadual berdepan BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 12 Disember ini.

Ketika ini, juara Liga Super Malaysia 10 kali berturut-turut mengumpul enam mata daripada lima aksi untuk berada di belakang Kawasaki Frontale 15 mata dan Ulsan Hyundai yang menghimpun sembilan mata.

Dalam aksi itu, JDT ketinggalan seawal minit kelapan menerusi jaringan mudah Akihiro Ienaga yang menolak hantaran Takuma Ominami bagi menewaskan Syihan Hazmi.

Anak buah Solari cuba bangkit melalui beberapa percubaan termasuk rembatan jarak jauh Bergson da Silva di minit 38 namun berjaya ditepis Jung Sung-ryong.

Bersambung babak kedua, JDT terus gagal memberi saingan apabila juara J League empat kali itu menambah gol kedua menerusi penyerang import, Leandro Damiao pada minit ke-50.

Biarpun Bergson cuba membalas dengan rembatan leret seminit selepas itu, skuad Azzuro Nero yang dilatih Toru Oniki itu terus menghukum kelonggaran benteng JDT apabila Marcinho melakukan tandukan terbang untuk gol ketiga di minit 60.

Tuan rumah terus mengukuhkan kedudukan sembilan minit kemudian dengan gol keempat apabila pemain gantian Yu Kobayashi menyambut hantaran silang Daiya Tono.

Kawasaki Frontale yang menang 1-0 di SSI pada aksi pertama pada 19 September lalu terus menambah derita kem JDT dengan gol kelima yang diraih menerusi percubaan cantik Miki Yamane.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... jdt-lunyai-di-tokyo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.044750 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list