CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3650|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Beras Kedah, Perlis meningkat selepas tiru sawah di Sekinchan

[Copy link]
Post time 29-11-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD SABU




KUALA LUMPUR: Hasil tanaman padi bagi pengeluaran beras putih tempatan sedang meningkat ketika ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, peningkatan itu susulan beberapa negeri meniru kaedah penanaman padi  di Sekinchan, Selangor dan Bumbung Lima, Pulau Pinang.

Menurut beliau,  ia disebabkan kedua-dua tempat itu merekodkan hasil pengeluaran tertinggi di negara ini.

“Di mana padi paling hasilnya tinggi? Saya lihat Sekinchan dan Bumbung Lima. Oleh itu, saya minta langkah segera seperti di Sekinchan dan Bumbung Lima dibuat di tempat lain.

“Antara Perlis dan Kedah, hasil di situ lebih kurang enam tan, (kini) naik kepada lebih 10 tan. Di Ketara, (Besut, Terengganu), purata hasil padi empat tan per hektar, apabila kita bawa ala Sekinchan, dia jadi tujuh tan,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Kata beliau, pihaknya juga sedang berunding dengan pihak swasta bagi membangunkan tanah-tanah terbiar bagi tujuan penanaman padi.

“Memang sekarang swasta juga akan terlibat, termasuk tanah-tanah terbiar, kita sedang berunding dengan pihak swasta kerana kita akan pergi skala besar.

“Kalau kita rancang dengan baja, teknologi dan penyelidikan  yang betul, saya yakin kita dapat capai tahap sara diri (SSR) dalam masa singkat. Sebab itu, kita kena anggap 10 tahun akan datang, tidak ada siapa lagi akan jual beras kepada kita, kita kena fikir ke arah itu,” katanya.


MERANCANG

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Aziz Ariffin sama ada kerajaan merancang untuk membangunkan tanah-tanah terbiar dalam usaha untuk meningkatkan hasil tanaman padi dan pengeluaran beras putih tempatan.

Kata Mohamad, cabaran utama kerajaan ketika ini adalah meningkatkan tahap infrastruktur tanaman padi dalam negara antaranya dari segi pengairan.

“Sabah dan Sarawak menawarkan tanah yang luas untuk tanaman padi jadi penanaman untuk dua musim atau lima musim, infrastruktur pengairan paling penting, di samping benih baja teknologi baharu dan sebagainya.

“Sebab itu, (kita bekerjasama) dengan pihak swasta yang mempunyai modal besar, mereka akan datang dengan berbagai kepakaran dan pandangan teknologi baharu, jadi kita yakin hasil padi akan bertambah dari semasa ke semasa dan kita memerlukan peruntukan besar dalam perkara ini,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... sawah-di-sekinchan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.360978 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list