View: 2765|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Dalang, ahli sindiket tipu pekerjaan dicekup
[Copy link]
|
|
Ramli Mohamed Yoosuf menunjukan gambar-gambar tangkapan terhadap sindiket penipuan ketika mengadakan sidang media mengenai Statistik Semasa Jenayah Komersil di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Menara KPJ. FOTO AMIRUDIN SAHIB.
Kuala Lumpur: Seramai 65 individu disyaki ahli sindiket penipuan pekerjaan ditahan dalam serbuan ke atas empat premis di sekitar Kuching, Sarawak kelmarin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, seorang lelaki berusia 45 tahun dipercayai dalang sindiket turut ditahan dalam serbuan itu.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa diberikan tugasan untuk membuat ulasan berkaitan syarikat penerbangan dan promosi tiket menerusi laman web yang dikendalikan sindiket.
"Sindiket menyasarkan mangsa dalam kalangan warga Australia dan Amerika Selatan (Brazil, Peru, Paraguay dan Chile).
"Mereka menggunakan aplikasi Telegram, LinkedIn dan Facebook untuk mencari mangsa selain aplikasi Monday untuk memasukkan data mangsa," katanya pada sidang media di pejabat JSJK di Menara KPJ, di sini, hari ini.
Ramli berkata, mangsa diminta membuat bayaran sebelum membuat tugasan yang kononnya wang akan dipulangkan semula berserta komisen selepas tugas diselesaikan.
Katanya, siasatan mendapati empat premis berkenaan disewa daripada seorang individu tempatan, namun pemilik premis menafikan pembabitannya.
"Pemilik premis mendakwa menyewakan premis miliknya dan menafikan pengetahuannya berkaitan aktiviti jenayah yang dilakukan.
"Bagaimanapun, pemilik premis gagal mengemukakan sebarang perjanjian sewaan yang boleh mengesahkan dakwaannya," katanya.
Katanya, kesemua suspek berusia 16 hingga 50 tahun direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-pekerjaan-dicekup |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|