CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3764|Reply: 0

Steinbruckner terpukau persembahan TFC

[Copy link]
Post time 30-11-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang TFC, Ivan Mamut (dua dari kanan) melancarkan serangan ke arah kubu Central Coast Mariners pada aksi Piala AFC di Gosford, Australia semalam. – Foto Terengganu FC

KUALA TERENGGANU: Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner mengakui beliau bagaikan hilang kata-kata menyaksikan persembahan bertenaga pemainnya ketika berdepan Central Coast Mariners dalam aksi Piala AFC di Gosford, Australia semalam.

Steinbruckner tidak menjangka anak buahnya mampu mengekang dan mengimbangi corak permainan kelab gergasi Australia itu walaupun pasukannya tempang selepas kehilangan empat tonggak pertahanan susulan kecederaan.

Misi sekurang-kurangnya mencuri satu mata di tempat lawan berhasil ketika ramai pemerhati meramalkan pasukannya akan dibelasah kelab negara kanggaru itu.

TFC mendahului menerusi pemain sedang meningkat, Engku Nur Shakir Engku Yacob pada minit ke-53 sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan 1-1 menerusi rembatan Miguel Di Pizio tiga minit sebelum tamat.



"Sejujurnya misi untuk membawa pulang satu mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah begitu sukar lebih-lebih lagi kami kehilangan ramai pemain pertahanan. Pasukan lawan pula begitu kebal di tempat mereka selepas membelasah dua kelab terdahulu di peringkat kumpulan.

"Namun sebelum perlawanan saya sudah ingatkan mereka supaya beraksi dengan baik, berjuang habis-habisan hingga minit terakhir selain perlu bijak bertahan dan memanfaatkan peluang kerana lawan pasti menekan sejak awal untuk memburu gol.

"Satu mata sudah memadai walaupun kami berpeluang untuk mengulangi kemenangan 1-0 di Kuala Terengganu, jika pemain tidak leka pada hujung babak kedua, mungkin kami berjaya membawa pulang tiga mata," katanya ketika dihubungi.

TFC berpeluang untuk melangkah ke pusingan kalah mati Piala AFC sekalipun ketinggalan satu mata di belakang Mariners di tangga kedua dengan berbaki satu perlawanan.

Mereka akan berdepan Bali United dari Indonesia di Kuala Terengganu pada 13 Disember ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... kau-persembahan-tfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.043566 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list