CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4660|Reply: 0

Cools nyaris dipukul pemain, pegawai Zhejiang FC

[Copy link]
Post time 30-11-2023 02:05 PM | Show all posts |Read mode

Insiden pergaduhan antara pemain dan pegawai Zhejiang FC dan Buriram United semalam. - Agensi

KUALA LUMPUR: Aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) membabitkan pertembungan kelab China, Zhejiang FC dan wakil Thailand, Buriram United, semalam dicemari dengan insiden pergaduhan pemain dan pegawai kedua-dua pasukan.

Insiden yang berlaku selepas perlawanan di Stadium Olimpik Huzhou itu mencuri tumpuan peminat bola sepak Malaysia kerana ia turut membabitkan kapten Harimau Malaya, Dion Cools yang beraksi bersama Buriram United.

Bagaimanapun, menerusi video yang tular, Cools dilihat hanya cuba meleraikan pergaduhan itu sebelum dia hampir dipukul oleh pemain atau pegawai pasukan lawan.

Adegan menendang dan menumbuk dilihat turut berlaku dengan pemain Buriram United, Ramil Sheydayev dibelasah beramai-ramai oleh pemain tuan rumah dengan pemain simpanan dan pegawai pasukan juga memasuki padang.



Namun, pergaduhan besar itu dapat dileraikan oleh kedua-dua pasukan dengan bantuan pasukan keselamatan.

Apa yang pasti, pemain atau pegawai yang terbabit dalam pergaduhan bakal berdepan hukuman berat daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan 3-2 memihak Zhejiang, namun mereka kekal di kedudukan tercorot Kumpula H dan berkongsi enam mata bersama Buriram yang menghuni tangga ketiga.
https://www.bharian.com.my/sukan ... pegawai-zhejiang-fc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.044138 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list