CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13265|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penjawat awam Negeri Sembilan dapat BKK minimum RM2,500

[Copy link]
Post time 2-12-2023 07:14 AM | Show all posts |Read mode


Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada 6,662 orang penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata bantuan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Katanya, bonus berkenaan akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada hujung Februari dan hujung Mac 2024.

"Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Ke-15, di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas insentif khas untuk penjawat awam negeri itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.796525 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list