View: 9733|Reply: 0
|
MotoGP: Mir yakin perubahan ketara Honda
[Copy link]
|
|
MIR mengakui pakej baharu jentera Honda lebih berdaya saing dan mampu untuk memberikan cabaran musim depan. X HONDA RACING GLOBAL
VALENCIA – Pelumba Repsol Honda, Joan Mir mengakui bahawa mereka menamatkan sesi ujian MotoGP di Valencia dengan langkah positif sekali gus percaya bahawa pasukannya itu bergerak ke arah yang betul untuk mendapatkan hasil terbaik musim depan.
Tahun ini, pasukan Jepun itu gagal meraih sebarang kemenangan ketika Ducati terus menunjukkan peningkatan untuk menguasai perlumbaan kelas perdana tersebut pada musim ini.
Bagaimanapun, bekas juara dunia 2020 itu menjelaskan, apa yang dibawa oleh pasukannya pada sesi ujian Valencia dapat menutup segala perkara negatif terutama ketika Honda sedang membina jentera yang lebih kompetitif.
Katanya, ini kali pertama Honda memperkenalkan jentera yang benar-benar berkesan dan berfungsi dengan lebih baik.
“Apa yang kami capai sewaktu di Valencia membuatkan saya sangat gembira. Ini kali pertama saya mula melihat beberapa evolusi pada jentera ini.
“Beberapa pakej baharu dan kami mencuba banyak perkara. Dari segi kepantasan, saya dapat rasakan kelainan dan ia lebih baik berbanding sebelum ini.
“Saya juga dapat sedikit keyakinan dengan jentera ini dan perkara paling penting ialah kami tidak tampil teruk,” katanya.
Pada sesi ujian tersebut, Joan Mir berada di kedudukan ke-13 terbaik dengan catatan satu minit 30.051 saat manakala Luca Marini yang menyertai Honda bagi menggantikan tempat Marc Marquez yang menyertai Gresini Ducati berada di kedudukan ke-10 terpantas (1’29.956s).
Sementara itu, pelumba Aprilia Racing, Maverick Vinales mencatat masa terpantas dengan rekod terbaiknya iaitu satu minit 29.253s. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... bahan-ketara-honda/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|