CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37305|Reply: 0

[Negeri Sembilan] APMM 'hero', selamatkan 1,365 nyawa

[Copy link]
Post time 2-12-2023 05:09 PM | Show all posts |Read mode

Hamid hadir pada Hari Bersama Media anjuran APMM, Lapang Sasar Mantin di sini, hari ini. Foto Ahmad Hasbi

Nilai: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak sekadar terbabit dengan tugas penguatkuasaan malah turut berjasa menyelamatkan ribuan nyawa di laut.

Sepanjang tahun ini, APMM berjaya menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa membabitkan 1,487 operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Laksamana Muda Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, sepanjang tahun ini APMM turut melakukan 154,463 pemeriksaan, 38,867 penggeledahan dan 1,114 tangkapan.

Beliau berkata, APMM turut berperanan dalam operasi bersama negara jiran dalam memerangi jenayah rentas sempadan.

"Sebagai sebuah agensi tunggal yang mengkoordinasikan operasi SAR kebangsaan, APPM sentiasa bersiap siaga menggerakkan agensi berkaitan dalam apa juga keadaan bagi memastikan mangsa dan aset dapat diselamatkan.

"Sepanjang tahun ini, APMM berjaya menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa daripada 1,487 kes SAR di laut," katanya ketika membacakan ucapan Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Datuk Hamid Mohd Amin pada Hari Bersama Media anjuran APMM, Lapang Sasar Mantin, di sini, tadi.

Beliau berkata, alam sekitar kawasan maritim Malaysia seperti terumbu karang, hutan paya bakau dan pesisir pantai adalah aset yang amat berharga.

"APMM menjalankan pelbagai operasi dalam menangani pencemaran maritim dengan mengambil langkah proaktif melindungi kehidupan di laut khususnya dari segi ancaman pencerobohan bot nelayan asing.

"APMM turut memantau aktiviti 'ship to ship transfer' yang berpotensi menjadi punca tumpahan minyak," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, melalui jalinan yang dibina melalui program menembak bersama media ini dapat membantu kedua-dua pihak dalam penyebaran maklumat sahih dan tepat berkaitan isu dan operasi dikendalikan agensi itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.718339 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list