View: 7483|Reply: 0
|
Rodrygo lonjak Madrid ke puncak La Liga
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/roasdfadjngh24td_1701569293.jpg)
Pemain Real Madrid, Rodrygo meraikan jaringan ketika aksi La Liga menentang Granada di Santiago Bernabeu, Madrid. - Foto REUTERS
MADRID: Rodrygo meneruskan ketajamannya di depan gawang dengan membantu Real Madrid menewaskan Granada 2-0 dan kembali mendahului La Liga.
Selepas Girona menewaskan Valencia 2-1, mereka melonjak ke puncak liga seketika, tetapi Madrid kembali memintas menerusi perbezaan jaringan.
Brahim Diaz membuka jaringan di pertengahan babak pertama dan Rodrygo melebarkan kedudukan pada minit ke-57 aksi di Santiago Bernabeu.
Penyerang Brazil itu sudah meledak tujuh gol dalam lima perlawanan terakhirnya di semua pertandingan.
Madrid kehilangan beberapa pemain utamanya akibat kecederaan, termasuk penjaga gol Thibaut Courtois dan pemain sayap, Vinicius Junior.
Bagaimanapun ia tidak menghalang Los Blancos untuk mengatasi lawan yang berada di tangga ke-19 liga dan bergelut dengan penyingkiran itu.
"Rodrygo kembali ke prestasi terbaiknya, menjaringkan banyak gol," kata pengendali Madrid, Carlo Ancelotti.
Penjaring terbanyak La Liga, Jude Belingham yang sudah mengumpul 11 gol setakat ini, hampir menambah jaringan untuk Madrid sebelum rehat, tetapi percubaannya tersasar. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... d-ke-puncak-la-liga |
|
|
|
|
|
|
| |
|