View: 10250|Reply: 0
|
TFC, JDT bakal uji kemampuan Akmal Rizal
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/3xxakmal_1701518057.jpg)
Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli (kanan) melihat anak buahnya ketika menentang pasukan Sri Pahang FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. - NSTP/DANIAL SAAD
KUALA LUMPUR: Penang FC (PFC) tampak sudah 'terjaga' selepas akhirnya berjaya merakam kemenangan pertama dalam tempoh lima bulan apabila menundukkan Sri Pahang FC (SPFC) di Stadium Bandaraya, minggu lalu.
Sentuhan pengendali sementara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli jelas menjadi untuk mereka mengutip tiga mata dan 'magis' bekas pemain kebangsaan itu pasti terus ditagih PFC dalam baki dua aksi Liga Super musim ini.
Namun, baki dua aksi itu bukanlah calang-calang kerana mereka akan bertemu Terengganu FC (TFC) pada aksi terakhir di laman sendiri, malam esok sebelum menutup musim 2023 menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Bagi Akmal Rizal, tumpuannya akan lebih terarah untuk mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan dengan perancangan akan disusun untuk berdepan skuad 'Penyu' terlebih dahulu.
"Untuk baki dua perlawanan, kita akan berdepan dua pasukan yang kuat iaitu TFC dan JDT tetapi yang pertamanya, kita perlu fokus untuk perlawanan menentang TFC terlebih dahulu.
"Kita akan lihat kekuatan dan kelemhanan mereka untuk merangka perancangan yang terbaik. Semua pemain bukan sahaja kesebelasan utama perlu bersedia kerana saya akan gunakan mereka pada bila-bila masa mengikut kesesuaian taktikal.
"Pemain muda ataupun senior, sesiapa sahaja yang bersedia akan mendapat peluang. Saya percaya pemain kita mampu membantu pasukan mendapatkan keputusan positif dalam baki dua perlawanan ini," katanya.
Sebagai rekod, selepas mengharungi 24 perlawanan, skuad 'Harimau Kumbang' menghuni tangga ke-10 Liga Super dengan 23 mata hasil enam kemenangan dan lima keputusan seri.
https://www.bharian.com.my/sukan ... mampuan-akmal-rizal |
|
|
|
|
|
|
| |
|