CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8856|Reply: 0

[Johor] 3 cadangan lancarkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

[Copy link]
Post time 3-12-2023 06:07 PM | Show all posts |Read mode


ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri mencadangkan tiga perkara kepada kerajaan Persekutuan bagi melancarkan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (SEZ).

Ia termasuk penggunaan kaedah digital sistem `QR Code' sama seperti Singapura bagi pergerakan keluar masuk menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di negeri ini bermula 1 Januari 2024.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata bagi memastikan kelancaran pergerakan pekerja dan barang dagangan, inisiatif seperti 'multiple entry Visa', Pas Khas serta kakitangan Imigresen dan Kastam yang mencukupi, amat diperlukan.

"Kita berharap kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan kaedah digital yang sama bagi melancarkan pergerakan di sempadan yang tersibuk di dunia ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada mesyuarat keempat (Belanjawan 2024) Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Onn Hafiz berkata cadangan kedua meminta kerajaan Persekutuan melengkapkan infrastruktur utama seperti laluan khas daripada Link Kedua ke Forest City, pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT), kereta api berkelajuan tinggi (HSR), perkhidmatan feri dan kemudahan pendaratan untuk teksi air.

Cadangan ketiga, katanya, insentif fiskal merangkumi percukaian seperti cukai korporat dan individu, duti eksais dan elaun percukaian pelaburan.

"Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City, merupakan sebahagian daripada SEZ, juga akan menarik pemain industri kewangan antarabangsa, khususnya dari Singapura untuk mengembangkan cawangan atau perkhidmatan sokongan mereka di Forest City.

"Johor juga akan terus memberikan perhatian dan komitmen kepada pembangunan ekonomi seperti Ibrahim International Business District (IIBD) dan pembangunan Ibrahim Technopolis (IBTEC).

"Turut akan diberi perhatian ialah kawasan Perindustrian Bersepadu Muar Furniture Park (MFP) di Muar; hab pembangunan sektor minyak, gas dan petrokimia di Pengerang dan Muar; pembangunan kawasan Johor Tenggara bersama KEJORA dan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), yang dijangka memberikan faedah dan limpahan ekonomi ke seluruh negeri Johor.

"Insya-Allah, dengan semua ini, lebih banyak pelaburan yang berkualiti akan kita terima sekaligus mewujudkan rantaian ekonomi yang panjang seperti peluang pekerjaan, dengan gaji yang tinggi yang akhirnya akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Bangsa Johor tetapi juga kepada rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044016 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list