View: 5198|Reply: 0
|
McGregor tak sabar berdepan Jerman di Euro 2024
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/callum04_1701651968.jpg)
Pemain tengah Scotland, Callum McGregor (tengah). -FOTO AFP
London: Pemain tengah Scotland, Callum McGregor tidak sabar untuk turun membuka aksi pertemuan Euro 2024 menentang tuan rumah, Jerman.
Pasukan Steve Clarke akan memulakan kejohanan pada 14 Jun menentang Jerman di Allianz Arena di Munich.
McGregor berkata: "Seronok menonton undian itu. Kami mempunyai tiga pasukan yang sangat bagus dan ia adalah kumpulan yang kuat.
"Apabila anda sampai ke kejohanan itulah yang anda mahu lakukan, anda mahu menentang pasukan terbaik dan itulah yang akan kami lakukan dalam perlawanan pembukaan menentang Jerman.
"Tiada yang lebih menarik di kejohanan itu melainkan pertemuan menentang pasukan yang hebat dan semua orang menantikannya."
Scotland membuka Piala Dunia 1998 dengan kekalahan 1-2 oleh Brazil di Stade de France di kejohanan utama mereka di negara luar.
Kapten Celtic McGregor berkata: "Saya tidak ingat perlawanan pada 1998 seperti mana tetapi saya mendengar orang bercakap mengenainya.
"Ia akan menjadi satu perlawanan yang menarik dan membuka keseluruhan kejohanan."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... jerman-di-euro-2024 |
|
|
|
|
|
|
| |
|