View: 8368|Reply: 0
|
[Johor]
Pekerja penyelenggaraan didenda RM1,500 tumbuk muka kembar
[Copy link]
|
|
ROHAIZAD keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas membayar denda atas pertuduhan menumbuk muka kembarnya. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: Pekerja penyelenggaraan syarikat telekomunikasi didenda RM1,500 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan dengan menumbuk muka kembarnya, awal bulan ini.
Tertuduh, Rohaizad Md Noah, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap kembarnya, Rosli di sebuah kopitiam di Jalan Bukit Pasir di sini, pada jam 10.30 pagi, 1 Disember lalu.
Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa sedang minum di kopitiam didatangi tertuduh lalu menumbuk mukanya sebanyak tiga kali hingga cedera.
Kejadian dipercayai berpunca perselisihan antara tertuduh dan mangsa yang berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tongkang Pechah dan tertuduh ditahan pada jam 5 petang, hari sama.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tumbuk-muka-kembar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|