CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5390|Reply: 0

'Jangan usik pemain TFC'

[Copy link]
Post time 4-12-2023 06:35 PM | Show all posts |Read mode

Kesebelasan pemain Terengganu FC ketika menentang Penang FC, semalam. - Foto ihsan Terengganu FC.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri meletakkan harapan tinggi agar pemain Terengganu FC (TFC) tidak diusik dengan pelbagai gangguan bagi memastikan misi untuk membawa pulang trofi Piala Malaysia pada musim ini tercapai.

Ingatan itu disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri, Hishamuddin Abdul Karim yang menjelaskan pemain dan barisan kejurulatihan kini sudah bersedia 100 peratus untuk menghadapi tentangan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.

Jelasnya, jika emosi dan fokus pemain terganggu, ianya boleh merencatkan misi berkenaan selepas kali terakhir dan pertama skuad Penyu merangkul kejuaraan piala berprestij itu pada 2001 bawah kendalian Mat Zan Mat Aris selepas menumpaskan Perak 2-1.

"Menjelang perlawanan akhir nanti, saya mengharapkan pemain lebih fokus dan mereka tidak diusik dengan pelbagai gangguan sama dalam mahupun di luar padang, lagipun kita tahu JDT adalah pasukan yang lengkap, mereka juga memiliki keupayaan dalam mengusik emosi lawan.



"Saya harap mereka kekal fokus sepanjang 90 minit dengan memberi tumpuan dalam perlawanan selain tidak terganggu emosi dalam dan luar padang kerana misi kita adalah untuk mencipta sejarah kali kedua menjuarai trofi itu pada kali ini," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, petang semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kehadiran semula tiga tonggak pertahanan yang pulih daripada kecederaan sudah pasti memberikan lebih pilihan kepada jurulatih, Tomislav Steinbruckner menyenaraikan kesebelasan utamanya.

"Buat masa ini saya lihat barisan kejurulatihan sudah memberikan tumpuan penuh sebelum aksi berkenaan, lebih menggembirakan beberapa pemain yang cedera sudah kembali pulih.

"Cuma saya harap mereka dapat mencapai tahap kecergasan yang terbaik, lagipun tempoh perlawanan hanya berbaki kurang seminggu sahaja lagi," katanya.

Terdahulu skuad Penyu mara ke pentas final selepas mengetepikan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi separuh akhir dengan agregat 4-2.
https://www.bharian.com.my/sukan ... gan-usik-pemain-tfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.043157 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list